Monday, April 25, 2016

Transisi 1 (2015)

Assalamualaikum...

Setahun tak menulis di blog ni.

Haha...jangan ada ingat gueh nak recap macam tahun 2014, memang tak lah.

2015 menggenapkan umur gueh selama 23 tahun. 23 tahun untuk gueh adalah satu transisi daripada alam remaja alam yang penuh dengan keriangan, hiburan, keseronokan ke alam dewasa yang memerlukan lebih kematangan dan perancangan kepada masa hadapan.

23 Januari 2015 tamatlah pengajian gueh dalam bidang senibina setelah 4 tahun berhempas pulas. Satu perjalanan yang asalnya bermula dengan pilihan sendiri. Satu haluan yang hati ini dulunya yakin inilah yang aku mahukan dalam hidup. Namun di pertengahan perjalanan itu, sangsi mula timbul dek apa yang dihadapi tidak seperti apa yang disangka. Cabaran yang besar dalam kerjaya terlalu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan untuk mencapai sesuatu yang besar dalam hidup, kejayaan, pangkat dan kemewahan. 

Tapi gueh pasti siapa yang betul-betul mempunyai minat yang mendalam pasti tidak pernah gusar dengan pilihan mereka. Jangan hiraukan gueh, gueh memang macam ni walaupun gueh memang rasa minat gueh dah memang dalam bidang ni tapi masih ada doubt. Walauapapun Alhamdulillah akhirnya gueh berjaya juga habiskan proses pengajian ni. Banyak sangat pelaburan keluarga untuk gueh dan Alhamdulillah saat konvo tu seluruh ahli keluarga dapat berkumpul bersama. Kami adik beradik rancang makan malam di hotel untuk meraikan Ma dan Aboh. Alhamdulillah berjaya juga walaupun rasa kehilangan tanpa keberadaan Ngoh, Al-Fatihah,


Konvokesyen pada bulan 5

Makan malam sekeluarga.Memori yang tak akan dilupakan.

Bila gueh balik ke rumah 24 Januari tu, Aboh terus suruh gueh isi Job Malaysia untuk apply kerja. Walaupun gueh pada masa tu tak nak lagi fikir pasal kerja tapi sebab ayah yang suruhkan buat jelah. Nak jadikan cerita, dua tiga hari lepas tu gueh dapat panggilan telefon untuk di temuduga, sebuah syarikat yang diberi nama Noni(bukan nama sebenar). Syarikat tu bukan firma arkitek tapi sebuah syarikat construction interior. Gueh memang blank pada waktu tu, tak tahu nak terima ke tak. Sudahlah baru lepas habis belajar tak sampai seminggu, konvo pun belum.Tetapi gueh fikir sebab nak timba pengalaman temuduga tu macamana jadi gueh terima je. Dia minta gueh datang temuduga secepat mungkin tapi gueh minta tempoh seminggu sebab gueh tak bersedia apa pun lagi, portfolio pun tak buat lagi. Dan semasa company tu telefon kebanyakan projek-projek adalah projek antarabangsa macamana gueh tak cuak hanjing. Jadi gueh pun google dan cari web company tu dan jumpa. Sememangnya syarikat tu syarikat multi-nasional, projek-projek di Maldives, Jepun, Dubai dan banyak lagi. Kalau di Malaysia  ni adalah Sepang Goldcoast salah satu dan lain-lain.


Lepas gueh dah setuju untuk temuduga tu, dia hantarlah pulak email yang membuatkan gueh lagi cuak iaitu:



Cuak tak kalau anda yang tak ada pengalaman apa-apa tiba-tiba nak berhadapan dengan orang yang berjawatan tinggi malah foreigner pulak tu. Apa pun terpaksalah gueh tempuhi untuk secubit pengalaman.

Jadi, gueh pun hadirlah ke syarikat Noni ni. Wah, tempat dia di Oasis Square, Ara Damansara. Pernah pergi tak? Kalau tak pernah pergi silalah pergi. Tempat bekerja idaman setiap insan. Mewah dan korporat. Bila gueh pergi dengan keluarga nak pergi tengok tempat temuduga tu, akak gueh cakap " Memang tempat Mie lah macam ni!". Mana tidaknya kat bawah tu semua cafe, kan kata suka coffee hunting kononnya. Lepas tu, kat suatu bahagian lagi, center court nya ada bar dan tempat-tempat makan. Audi, Porsche, Lamborghini at every corner. Bertambah-tambahlah cuak gueh.

Untuk diringkaskan cerita, gueh buat portfolio sampai ke tengah malam baru pergi print, nasib baiklah ada Dede yang banyak tolong. Dia yang composekan, warna, sanggup email dari Kelantan untuk gueh di KL. Dan tak cukup dengan pengorbanan kawan-kawan, pengorbanan keluarga apatah lagi, susah payah cari hotel untuk bermalam dan tempat yang paling kondusif untuk gueh print portfolio. Jadi kamipun bermalam di Concorde Hotel, Shah Alam. Abang gueh, Afiq memang banyak berkorban waktu, tenaga, wang dan suits. Dia tajakan satu set gueh punya outfits untuk interview termsuklah stokin.

Waktu temuduga, ada seorang lagi candidate perempuan, cantik orangnya, Nad, ada muka arab sikit. Bekas pelajar UTM dan merupakan lulusan Part 2 Seni Bina malah mempunyai pengalaman bekerja. Bertambahlah kecuakan gueh tu. Pesaing gueh bukan calang-calang orang.

Bila gueh masuk tu semua pekerja perempuan bertudung dan beberapa orang lelaki Cina. Ada seorang lelaki Melayu. Gueh dipanggil terlebih dahulu untuk ditemuduga, bertambah-tambah lagi kecuakan. Dalam bilik tu adalah Project Manager Maldives tu dan Managing Director seorang lelaki Cina. Cuak babe!

Sesungguhnya gueh tak bersedia apa-apa pun. Tak baca isu semasa ke, siapa perdana menteri sekarang ke, isu seni bina sekarang ke, semua gueh tak baca. Apa yang gueh sediakan adalah Portfolio yang tak seberapa yang gueh rasa teruk sangat dan tak profesional langsung. Kalau kawan-kawan gueh mesti buat gempak gila b***.

Alhamdulillah, soalan dia semua pasal diri gueh. Apa yang gueh belajar dan sebagainya. Serta introduction mengenai company dan skop kerja gueh. Soalan cepu emas yang di tunggu ialah expected salary dan gueh bagi tahulah apa yang ada dalam fikiran gueh dan tiada respon apa-apa.
Lepas tu si Maldivian tu pun test auto cad gueh. Tapi dia test benda paling senang je, macamana nak raise up wall. Tapi drawing interior ni complicated sangat. Gueh patut boleh buat benda tu tak sampai 15 saat tapi sebab nervous hampir 5 minit buat.

Lepas tu, masuk balik bilik dan soalan yang paling cepu emas perak gangsa intan berlian ialah, bila gueh nak mula kerja? MasyaAllah, hanya Allah je tahu perasaan gueh masa tu. Gueh rasa gueh tak layak kot. Bayangkan sebuah syarikat multi-nasional nak ambik budak yang memang masa belajarnya tak hebat pun, result pun cukup-cukup makan nak ambik gueh kerja? Memang tak expect langsung. Ini pertama kali gueh pergi job interview dengan tanpa preparation yang seelok-eloknya dan dengan membawa portfolio yang kalau bawa pergi firma arkitek rasanya dah kena buang atau dibakar. Gueh terkesima sekejap dan gueh tanya bila dia expect gueh nak start, dia cakap esok. I was like: Haa? Biar betik!. Gueh terus cakap tak boleh kena bagi masa dekat gueh nak uruskan hal kat kampung dulu. Dan dia tanya berapa lama gueh perlu masa? Gueh bagi tahu 2 minggu dan dia setuju. Hari tu juga gueh kena sign contract untuk mula bekerja. Gueh pandang belakang tengok suasana ofis melalui cermin kaca dari bilik manager tu. Terdetik dalam benak fikiran gueh, "betul ke aku nak kerja sini ni?" Tapi akhirnya gueh sign jugak sebab gueh fikir mungkin ini yang terbaik tuk gueh, rezeki daripada Allah s.w.t, jerih perih Ma, Aboh, Afiq, Kak, Abe Zaidi bertungkus lumus untuk gueh untuk temu duga ni.

Maka secara rasminya gueh sudah menjadi orang yang bekerjaya, Apabila gueh turun daripada building tu jumpa keluarga semua. Mereka semua gembira sangat terutamanya Afiq. Dialah yang banyak berkorban masa, wang dan keringat untuk kerjaya adiknya ini.

Nak dipendekkan cerita, bekerjalah gueh di syarikat itu dengan jayanya.


Bersambung...